Earn some money when you like to talk

3

Posted by Hot Gadget Stuff | Posted in , , | Posted on Wednesday, November 18, 2009

Jika anda berfikir anda punya bakat untuk bercakap begitu banyak, dan anda berfikir bahawa mungkin anda boleh menggunakannya untuk mencari wang tapi tidak terlalu yakin tentang hal itu, di sini saya akan memberikan anda beberapa idea :)

Menjadi Forum Moderator - Anda boleh membina komuniti untuk blogger dan anda boleh memperoleh sedikit wang tunai di samping moderator forum.

Menulis Artikel untuk Website - Jika anda berfikir bahawa anda cukup baik secara bertulis, maka anda boleh menulis artikel untuk setiap website. Ingat satu hal. Kandungan adalah sangat penting, Tingkatkan kemahiran menulis anda dan mulai mencari wang dengan itu!

Get Paid for Forum - Banyak forum berkongsi pendapatan menawarkan program di mana anda boleh menjalankan iklan anda sendiri tentang perniagaan yang anda buat.

Terjemah Dokumen - Jika anda boleh bercakap apapun bahasa kedua, maka anda harus mencuba dan menghasilkan wang daripada itu. Begitu mudah, anda hanya perlu menterjemah dokumen dan dibayar untuk itu

Jadilah Counselor - Banyak orang lebih suka berbicara dengan seorang konselor melalui Internet berbanding berjumpa face to face. Jadi,ambil peluang ini dan tawarkan nasihat anda mengikut tarif per jam.


English version: e-moneymania.blogspot.com

Great tips for nuffnangers

5

Posted by Hot Gadget Stuff | Posted in , , | Posted on Sunday, October 11, 2009

Tips ini simple tapi harap boleh membantu:-

1- Pastikan korang letakkan iklan nuffnang pada ketiga-tiga tempat yang dicadangkan. Header, sidebar dan juga between content. Jangan bazirkan ruang yang ada :)

2- Jangan sorokkan iklan nuffnang korang dekat bawah blog! Letak iklan di atas ya.

3- Kena selalu update survey di dalam akaun nuffnang korang. Sebab, dai sini lah nuffnang akan pilih iklan yang mana sesuai untuk blog korang. Saya memang akan update survey saya selang 4 hari.

4- Sila lah berusaha untuk capai status Glitterati ya! Kenapa? sebab, kalau korang pegang status Glitterati ini, kebarangkalian korang nak dapat iklan yang banyak dan mendapat kempen daripada Nuffnang memang agak tinggi lah.

5- Fokus kan penulisan korang pada tajuk yang pasti mendapat sambutan. Contoh? Hiburan :)

6- Ping setiap entry baru korang. Saya guna yang ini pingomatic . Untuk apa? Tingkatkan traffik ke blog korang. Secret untuk success dalam nuffnang ni is simple. More traffic, more money you get!

Tips tarik minat pembaca ke blog anda

3

Posted by Hot Gadget Stuff | Posted in , , | Posted on Thursday, September 24, 2009

Mana-mana saja saya baca, soalan yang sama saya jumpa. Rata-rata bloggers yang baru tercebur menceburkan diri dalam dunia blogging ni masih tercari-cari tips untuk tarik pembaca ke blog mereka.

Jujurnya, bukan mudah untuk tarik orang asing ke blog kita. Saya akui yang itu. Tapi, kalau kamu semua tahu rahsianya, tak adalah susah mana pun. hehehe.

Tips ni ada yang saya gunakan sampai sekarang pada blog saya yang lain, dan ada juga tips yang saya dapatkan daripada hasil pembacaan di internet. So, check it out!

- Kualiti content
Pembaca termasuk saya, tak mahu sekadar baca blog yang 90% daripada content nya balik-balik bercerita pasal kehidupan pemilik blog. Percayalah, ianya agak memboringkan. UNLESS kamu memang dah pasang niat berblog untuk ke arah itu semata-mata. Itu cerita lain.haha. Untuk tarik minat bloggers, pastikan content kamu boleh beri manfaat pada bloggers yang datang. Berikan tips atau tutorial!

- Selalu update entry
Tips ni memang saya buat dan berkesan! Setiap kali kamu post entry baru, biarkan 10 minit dan kemudian bacakannya semula. Waktu ni, kamu boleh betulkan mana-mana ayat-ayat yang salah, atau elokkan frasa ayat kamu. Jika kamu ada fakta tambahan untuk dimasukkan pada entry, jangan teragak-agak!

- Link link link
Tips yang ini juga agak berkesan. Masukkan sebanyak mana link yang boleh kamu ke dalam entry kamu. Link kan kepada sumber yang kamu rasa betul-betul cukup berkualiti. Rahsia link ini sebenarnya taktik untuk mendapatkan perhatian daripada "sumber" yang kamu link kan itu. Bila pemilik blog "sumber" itu melihat pada referral ke blog miliknya, dan jika nasib kamu baik..pasti dia akan ke blog kamu pula! Try it now

- Komen blog lain
Tips yang ini nampak simple dan mudah tapi tips ni lah yang selalu orang tak tahu kehebatannya! Lawat dan komenlah pada entry teman-teman bloggers yang lain. Ini namanya promotion jugak. Kalau kamu sekadar mengharapkan bloggers lain datang ke blog kamu saja, itu dah namanya syok sendiri. Setiap kali kamu komen, link ke blog kamu akan dilihat juga oleh pengunjung lain. Mana tahu nasib kamu baik kan?

- Sabar!
Orang kata, bila kita buat apa-apa saja...perlukan kesabaran yang tinggi. Jangan fikir sesuatu yang diluar jangkaan kita. Lakukan semuanya slowly. Blog saya yang lain, pada mulanya cuma menerima 10-20 orang saja visitors suatu masa dulu tapi berkat sabar saya, kini paling sikit pun saya terima sekurang-kurangnya 100 unique visitors. Syukur juga :)